Imam Syafi`i dalam Menuntut ilmu

     Imam Syafi’i adalah salah seorang Imam Mazhab yang ke-empat. Beliau mempunyai ketajaman akal dan kecerdasan yang luar biasa. Beliau telah menghafal Al-Quran pada umur 9 tahun. Setahun kemudian, beliau menghafal kitab Al-Muwatta’ karangan Imam Malik. Beliau merupakan seorang yang mencintai ilmu.

     Kisahnya berawal pada satu hari beliau meminta izin kepada ibunya untuk menuntut ilmu ke Madinah. Tibanya di Madinah, beliau menuju Masjid Nabawi dan menunaikan sholat sunah dua rakaat. Setelah selesai sholat, beliau tertarik pada satu majelis ilmu dalam masjid tersebut. Seseorang sedang mengajarkan tentang hadis-hadis Rasulullah SAW. Beliau adalah Imam Malik. Dengan langkah tertib, Imam Syafi’i menuju ke tempat Imam Malik dan duduk bersama murid-murid beliau. Imam Syafi’i lantas mengambil sebatang lidi lalu membasahkannya dengan air liur. Beliau menulis segala apa yang diajarkan oleh Imam Malik di atas telapak tangannya. Tanpa disadari, Imam Malik memperhatikan tingkah lakunya.

     Selesai majelis tersebut, Imam Malik memanggil Imam Syafi’i. Imam Malik bertanya kepada Imam Syafi’i, “Apakah kamu berasal dari Mekah?”. Imam Syafi’I menjawab, “Benar”. Imam Malik kemudian bertanya, “Mengapa engkau bermain-main dengan lidi dan air liurmu selama aku mengajar?”. Imam Syafi’I menjawab, “Maaf tuan. Sebenarnya saya tidak bermain-main. Hanya saja saya tidak ada kertas dan pena, semua yang tuan ajarkan saya tulis di telapak tangan saya dengan menggunakan lidi dan air liur untuk saya menghafalnya”.

     Imam Malik membolak-balik tangan Imam Syafi’i, beliau tidak menjumpai tulisan apapun. Beliau terus berkata, “Tetapi kenapa telapak tangan kamu ini kosong?”. Imam Syafi’I berkata, “Benar tuan. Namun demikian tuan, saya telah menghafal semua hadis-hadis yang tuan riwayatkan tersebut”.

     Setelahnya beliau disuruh melafalkan apa yang dihafalnya. Imam Malik mendapati tidak ada satu hadis yang tertinggal dari 20 hadis yang diajarkan pada hari itu. Semenjak peristiwa itu, Imam Syafi’i menetap di rumah Imam Malik. Selama 18 bulan Imam Syafi’i berguru pada Imam Malik. Hatinya yang suci memudahkan beliau memahami dan menghafalkan kitab Al-Muwatta’, sehingga akhirnya Imam Syafi’i sering diberi penghormatan untuk mengajar murid-murid yang lain.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: